Checking server status...

Selamat datang ke laman Citizens of Roleplay Selamat datang di laman website #CORP

Erlebe Roleplay auf einem neuen Level Experience serious roleplay on a new level

0/812 Rakyat Corp
play.citizensofroleplay.com Server IP
99.9% Uptime

Terma Penggunaan

1. Peraturan Asas

Dengan menggunakan server Citizens of Roleplay (CORP), anda bersetuju untuk:

  • Menghormati semua pemain dan management corp server
  • Mematuhi semua peraturan roleplay yang ditetapkan oleh Head Staff Kisuke
  • Tidak menggunakan sebarang mod atau cheat
  • Mengekalkan karakter roleplay yang konsisten
  • Tidak melakukan RDM (Random Death Match) atau VDM (Vehicle Death Match)

2. Tingkah Laku Dalam Negara

Semua rakyat CORP mesti:

  • Mengikuti alur cerita roleplay dengan wajar
  • Menghormati keputusan pihak berkuasa dalam negara
  • Tidak menggunakan bahasa kesat atau menghina
  • Mengelakkan tingkah laku yang boleh merosakkan pengalaman pemain lain
  • Menggunakan sistem mekanik permainan seperti yang dimaksudkan

3. Penggunaan Akaun

Berkenaan dengan akaun anda:

  • Setiap pemain hanya dibenarkan memiliki satu akaun
  • Akaun tidak boleh dikongsi atau dipindah milik
  • Anda bertanggungjawab untuk keselamatan akaun sendiri
  • Penggunaan VPN tidak dibenarkan tanpa kebenaran khas
  • Pihak pengurusan berhak menyekat akaun yang melanggar peraturan

4. Ekonomi Server

Berkaitan dengan sistem ekonomi:

  • Pemindahan wang atau item mesti melalui kaedah yang sah dalam roleplay
  • Jual beli menggunakan wang sebenar (RMT) adalah dilarang keras
  • Eksploitasi bug untuk keuntungan ekonomi akan dikenakan tindakan
  • Penggunaan script atau automation tidak dibenarkan

5. Harta Intelek

Berkaitan dengan kandungan server:

  • Semua aset, skrip dan kandungan server adalah hak milik CORP
  • Rakaman video/streaming dibenarkan dengan kredit yang sesuai
  • Penggunaan logo atau nama CORP memerlukan kebenaran
  • Modifikasi atau pengedaran semula kandungan server adalah dilarang

6. Penguatkuasaan

Tindakan penguatkuasaan termasuk:

  • Amaran
  • Penggantungan sementara (1-30 hari)
  • Larangan kekal
  • Kehilangan semua aset dalam permainan

Keputusan pihak pengurusan adalah muktamad.

7. Perubahan Terma

CORP berhak untuk:

  • Mengubah terma penggunaan pada bila-bila masa
  • Memberikan notis perubahan melalui Discord dan forum
  • Menguatkuasakan peraturan baharu selepas pengumuman

8. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan tentang terma penggunaan:

  • Discord: Citizens of Roleplay Discord
  • Tiket Support: Buka tiket di Discord server
  • Management Team: Hubungi moderator atau admin dalam negara
0:00 0:00